Mahir Foto Modul 18 - Recap Content Creation & Penutup Serta Perkongsian Kisah Kejayaan Dan Pengumuman Pertandingan Foto
19 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 18/06/2026 bersamaan dengan hari Khamis, Modul terakhir ini merumuskan keseluruhan perjalanan pembelajaran dalam program Mahir Foto. Peserta akan mengimbas kembali asas fotografi, teknik penghasilan kandungan visual yang berkesan, penyuntingan gambar, serta strategi menghasilkan kandungan yang mampu menarik perhatian audiens di platform digital.
Selain itu, sesi ini turut menampilkan perkongsian kisah kejayaan daripada peserta terdahulu yang berjaya memanfaatkan kemahiran fotografi untuk menjana pendapatan, membina jenama peribadi, dan mengembangkan peluang kerjaya dalam bidang kreatif. Pengalaman sebenar ini diharapkan dapat memberi inspirasi serta motivasi kepada semua peserta untuk terus berkarya dan meningkatkan kemahiran yang telah dipelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: